Tuesday, July 8, 2008

Gangguan-gangguan Sihir..




Sejak pagi lagi saya berasa `semacam' terutamanya di bahagian kepala... terasa begitu berat dan seolah-olah ada yang bertenggek diatasnya!.. ya, apa dia yer.. (tetapi mengikut pengalaman yg sudah tidak lain tentu angkara gangguan sihir, mungkin `tuannya' tidak berpuas hati sebab tempo
hari saya melakukan pembakaran pada semua laluannya..)

Saya terus melakukan healing pada diri saya dengan kaedah dan teknik-teknik yang saya pelajari, tetapi nampaknya kurang berkesan. Walaupun dah hampir lebih 5 kali saya menarik unsur-unsur `tenaga negatif' tetapi sekejap pulak dia datang balik.. lama-lama saya biarkan aja, agaknya dia nak main-main dengan aku!... Saya termenung sekejap. Apa sebab `benda' tu tak mahu pergi ye?.. lama-lama saya buat kesimpulan bukan benda tu tak-nak pergi tetapi mungkin yang dihantarnya terlalu banyak!...

Dalam keadaan boring, bingung dan kepala terasa berat (antara simptom gangguan sihir) saya cuba layari internet, lalu jumpalah Iklan rawatan oleh seorang perawat Islam di Gombak dan saya cuba hubunginya bertanya kaedah rawatan yang dilakukan, adakah sama seperti yang pernah saya pelajari... jawapannya: "tidak sama" dan dia juga bagi tau ada jin bertenggek kat kepala saya.. (saya dah agak dah!) ...

Muhasabah diri;
  • Percayalah.. tidak semua yang kita pelajari kadang-kadang berhasil, kerana kuasa penyembuhan hanyalah pada Allah s.w.t, kita sebagai manusia hanya berikhtiar sahaja.
  • Setiap manusia dijadikan dengan kelebihan masing-masing.. ada orang pandai bermain kompang, ada yang pandai membaca Al-Quran dan ada bijak-pandai dan lemah...
  • Setiap musibah yang dialami tentu ada hikmahnya..
Selepas zohor lain pulak ujian yang saya rasa, seolah-olah terasa paku menyucuk-nyucuk dikepala... sahlah kalau berpandukan firasat tidak lain dia sedang cuba menanam paku kat kepala saya... saya bersabar, semuanya saya serahkan kepadaNya disamping berdoa' dan berusaha merawat berpandukan kaedah saya sendiri...

Kaedah rawatan yang saya buat secara metafizik Islam:

i) Pertamanya tenangkan diri dengan setenang-tenangnya.
ii) Kedua tapak tangan saya dekatkan antara satu-sama lain, tidak terlalu rapat, jarakkan 5cm...
niat kepada Allah untuk menarik semua energi negatif (Iblis, syaitan dan jin..) terkurung kedalam kedua tapak tangan,.. terasa seolah-olah kepala saya terasa ringan, dan tapak tangan berasa berdenyut2, agak berbisa sedikit...sehingalah saya berasa kepala semakin ringan dan kembali normal.
iii) Saya tukarkan enegi negatif tersebut kepada "energi kasih-sayang" lalu saya kembalikan kepada tuannya... sebenarnya boleh sekiranya energi tersebut ditukar kepada sesuatu yang buruk dan bersifat negatif tetapi untuk apa? Bukankah sekiranya kita membalas-balik perbuatan mereka, tidak ubah kita menjadi seperti mereka?... (Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh syaitan)!!..

iv) Saya lalu berniat untuk membenteng diri saya agar dipelihara daripada musibah sihir yang dihantar oleh tukang-tukang sihir Thogut!!!..


Alhamdulillah setakat ini usaha saya membuahkan hasil... walaupun saya terasa ujian tersebut tidak habis-habis tetapi ia berlaku diluar daripada jasad saya... Gerak hati saya memberitahu, sihir yang dihantar ini begitu cukup kuat!!... dan sekiranya dikenakan pada orang awam, amat buruklah akibat dan kesannya..


Tetapi kita hendaklah ingat:
"Sesungguhnya orang-orang yang (mabuk)meminum arak, tukang-tukang sihir dan penenung nasib, adalah sekeji-kejinya amalan dan perbuatan Syaitan..." dan Ingatlah balasan Allah s.w.t, kerana "Sesungguhnya azab Allah s.wt. amatlah pedih ke atas hamba-hambanya"...

Sunday, July 6, 2008

Ziarah keluarga Allahyarham............... di Kuala Lumpur


Menara Petronas diKuala Lumpur biarpun tersergam Indah namun kepercayaan
animisme tetap mengakar didalam kehidupan masyarakat kota


Diari hari ini; Pagi-pagi lagi saya telah bertolak ke Kuala Lumpur, iaitu di Segambut Dalam... Bertolak dari Kg. Sijangkang bersama Abang Ipar Allahyarham iaitu Wak Basir bin Ahmad Marjan... Tujuan kami ke sana kerana 2 sebab: 1) kerana mencari prospek untuk perniagaan CNI melalui projek TEKUN Nasional yang saya usahakan 2) melakukan pembersihan terhadap rumah, kedai dan membakar `photo Jin' yang dilukiskan oleh arwah sewaktu dalam keadaan nazak!... apa sebenarnya yang berlaku?

Kursus Hipnosis




Cuba anda perhatikan gambar diatas selama 1 minit!..
Apakah yang dapat anda lihat? tentu anda merasa sedikit pening bukan?..

O.k, sekarang cuba tarik nafas perlahan-lahan, tahan dirongga dada selama 5 saat.. Perhatikan gambar tersebut. Apa yang anda lihat? Mengapa fenomena ini berlaku?

Tahukah anda, semua fenomena di atas itu dinamakan sebagai "mindtrick" dan ianya berkaitan dengan minda atau hipnosis!..

Hipnosis atau hipnoterapi ialah suatu kaedah pengubatan alternatif dengan menggunakan proses penyembuhan yang menggabungkan teknologi terapi, hipnosis, NLP, metafora dan EFT. Ia disertai penggunaan seni berkomunikasi (Power Of Word). Sangat sesuai untuk anda yang menghadapi masalah tekanan perasaan, psikologi, fobia, trauma, kecelaruan identiti, anak-anak yang bermasalah, masalah suami isteri dan banyak lagi. Ia juga dapat membantu anda untuk menaikkan imej diri, membina personaliti, memberi keyakinan, menaikkan karisma diri dan ketrampilan diri kepada yang anda idamkan selama ini. Selain itu juga dapat menukar personaliti anda kepada yang lebih baik seperti yang anda mahukan dan juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.

Tahukah anda, dalam "Methaphysical Hipnotherapy" ada aplikasi rawatan yang sering digunakan oleh paranormal juga turut terdapat di dalam kaedah rawatan hipnoterapi!


Modul-modul kursus:

Saturday, July 5, 2008

Rawatan & Perubatan Islam Sufi

Suatu Kaedah rawatan berteraskan ayat-ayat suci al-quran serta teknik-teknik bagi menghancurkan benteng jin dan syaitan yang sentiasa mencari peluang merosakkan anak2 adam melalui perantarannya (tukang2 sihir)..




Sejak dahulu lagi rawatan ini telah berkembang di tanah melayu kita. Ia adalah pengaruh kedatangan Islam pada kurun 1500M lagi. Kini perubatan ini kian mendapat tempat, sejajar dengan kesedaran oleh masyarakat dalam mendapatkan rawatan alternatif yang "bersih" daripada segala unsur-unsur khurafat yang dijalankan oleh sesetengah pengamal perubatan tradisional zaman dahulu.

Oleh itu bagi memartabatkan rawatan perubatan Islam ini, pihak kami telah menganjurkan kursus tersebut secara "hadir" sahaja bagi memelihara kesucian serta ketepatan dalam penyampaian ilmu yang berasaskan kepada ayat-ayat suci al-quran.

Modul-modul kursus:

1. Sebab-sebab kemasukan jin

2. Jin masuk ke dalam jasad manusia dan di mana dia berada?

3. Gejala-gejala gangguan jin kepada manusia
i- Gejala waktu tidur
ii- Gejala waktu jaga

4. Macam-macam gangguan jin

5. Sifat-sifat seorang mualij (Perawat)

6. Cara rawatan
(Tahap 1: Tahapan Sebelum rawatan)
(Tahap 2: Rawatan)
Bagaimana anda menghadapi jin non muslim?
(Tahap 3: Tahapan setelah rawatan)

7. Peringatan kepada Mualij

8. Garis Panduan dan Amalan Rawatan

(Garis panduan perawat, Amalan dalam rawatan, Etika perubatan)
  • Yuran kursus: RM300 (Hadir sahaja)
  • Yuran termasuk manual kursus, pengijazahan dan sijil.
  • (Sila bawa gambar photo berukuran I/C, sewaktu pendaftaran)

Kursus Metafizik

Kini terdapat berbagai-bagai kursus berbentuk spiritual seperti tenaga dalam, reiki, prana, tenaga dalam, perubatan tradisional dan pelbagai lagi, tetapi tahukah anda bahawa semuanya itu ada kaitannya dengan tenaga (ruh)?..
Tahukah anda bahawa kunci dan rahsia ilmu tersebut terdapat dalam kaedah pembelajaran METAFIZIK?...




METAFIZIK

Suatu bidang sains yang cuba mengupas segala persoalan mengenai teori kejadian alam, kewujudan manusia, kehidupan, cakerawala atau yang berhubung kait dengan ruh, spiritual atau dunia mistik secara sains. Justeru itu rawatan metafizik adalah merupakan salah satu perubatan komplementari yang berhubungan dengan konsep ruh, cahaya, getaran, gelombang yang boleh didapati pada semua benda di alam ini dan ianya adalah merupakan "KUNCI" kepada semua dasar keilmuan yang ada pada masa kini mahupun dimasa silam. Tetapi dengan perkembangan sains fizik yang canggih, dasar keilmuan ini cuba diolah semula dengan penggabungan kaedah frekuensi tenaga & gelombang minda secara bioenergi di dalam diri anda sendiri!

Seronoknya mempelajari metafizik anda tidak perlu susah-payah menyediakan bahan-bahan seperti keris, bunga, kemenyan dan sebagainya kerana dalam metafizik apa yang penting ialah anda hanya perlu tahu kunci-kunci dan rahsianya sahaja!

  • KURSUS SIJIL MASTER (ENERGI QUANTUM)
(Terbuka kepada semua bangsa & agama)

Modul-modul kursus
:

1. Pengetahuan Sistem Bioenergi Tubuh
(Tenaga, Tenaga Biomagnetik, Tenaga Bioelektrik, Minda, Pernafasan, Meditasi, Pengijazahan, Scan-Diagnosis, Sistem Tenaga Manusia, Pengetahuan Energi Tradisi, Metafizik & Sains Minda, Rumusan)

2. Sistem Biologi Manusia
(Anatomi sistem endokrin, simptom-simptom penyakit)

3. Sistem Bioenergi Manusia
(Anatomi bioenergi manusia)

4. Kaedah Rawatan Secara Tradisional (Teknik Purba)
(Meditasi, Prana, Tenaga dalam)

5. Kaedah Rawatan Secara Alternatif (Klinikal)
(Hipnoterapi, Kuasa minda, EFT)

6. Rawatan Energi Quantum
(Kod pengambilan maklumat pesakit, Kod teknik rawatan, Kod pemberian ubat-ubatan)

7. Tatacara Pengijazahan
(Tatacara pengijazahan, Teknik melatih kepekaan tapak tangan, Teknik scan aura, Teknik scan penyakit)

8. Garis Panduan dan Amalan Rawatan

(Garis panduan perawat, Amalan dalam rawatan, Etika perubatan)

Yuran: RM 250 (Jarak jauh) RM300 (Hadir)
Yuran termasuk manual dan sijil

- Kursus boleh diikuti secara hadir atau jarak jauh. Bagi mereka yang menghadapi kesukaran masa dan tempat, bolehlah mengikutinya secara jarak jauh. Ini kerana latihan yang dijalankan hanya mengambil masa 4 jam sahaja. Walaubagaimana pun kualiti kursus dan pengijazahan adalah sama.

Farmasi, Perkhidmatan & Lokasi




Farmasi Al-Hayat adalah wadah terkini dalam usaha saya untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat darihal penjagaan kesihatan dengan bersumberkan herba-herba terbaik dunia yang melalui kajian mendalam serta kawalan yang ketat dalam penghasilannya. Sebenarnya, saya amat berminat dalam bidang perubatan alternatif. Tetapi oleh kerana tahap pendidikan saya lebih menjurus ke bidang keagamaan, jadi mata pelajaran sains tidak begitu ditekankan.

Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini, bidang kesihatan, farmaseutikal semakin mendapat tempat, saya tertarik untuk meneruskan usaha untuk menceburi bidang rawatan dan perubatan alternatif... mungkin dengan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan Elektronik atau Classical Homoepathy.

Tetapi memandangkan usaha tersebut memerlukan perbelanjaan yang agak besar juga, saya berpendapat lebih baik saya mulakan dari langkah pertama dan yang paling mudah, seperti mengadakan rawatan secara sambilan di premis kediaman saya
yang terletak di Kg. Sijangkang, Selangor. Ia juga menyediakan 3 perkhidmatan utama iaitu:-

  • Pusat rawatan Metafizik Islam & Hipnoterapi
(Rawatan terapi Metafizik & Hipnoterapi serta menyediakan produk kesihatan berasaskan naturopathy)

  • Akademi Metafizik Al-Hayat
(Menganjurkan kursus-kursus seperti Metafizik, Hipnoterapi & Rawatan Islam)

  • Yayasan Al-Hayat
(Platform kepada individu yang berminat untuk menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan secara MLM, ejen perusahaan, Internet Marketing dsbnya)


Sekilas tentang kursus-kursus anjuran kami...


Ramai juga yang bertanya adakah kursus ini (terapi metafizik) sama seperti prana, reiki atau tenaga dalam?
Saya pun kalut,.. nak kata ye, tak jugak. Tapi senang cerita beginilah...
Asas semua ilmu tidak kira prana, reiki atau tenaga dalam yang termasuk dalam kelompok `kaedah tradisional atau purba' ataupun perubatan Islam, masing-masing mempunyai asas pembelajaran serta keilmuannya tersendiri, terpulang pada penerimaan individu itu sendiri. Tetapi pada saya sebagai seorang Islam saya suka pada perkembangan ilmuan Islam itu sendiri... tetapi sekiranya atas dasar perkembangan ilmu, saya rasa apa yang saya buat ini amat bersesuaian. Iaitu bagi mereka yang beragama Islam mereka boleh memilih untuk mengikuti kursus Metafizik & Perubatan Islam, manakala bagi mereka yang bukan Islam kursus berbentuk Terapi Metafizik amat sesuai. Hipnosis pula boleh diikuti oleh sesiapa tanpa mengira bangsa mahupun agama kerana ia suatu kaedah rawatan alternatif seperti Homoepathy, Naturopathy, Lymphology atau yang seakan-akan dengannya.

  • Untuk penjelasan mengenai kursus-kursus Metafizik, Hipnosis dan rawatan perubatan Islam.. InsyaAllah, saya akan postkan pada masa akan datang.


Lokasi kami:-
Farmasi Al-Hayat
Lot 1303 Jln Gotong Royong,
Kg. Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan. H/p: 012-9733613, 03-31220082 (R)
(Jarak dari Bandar DiRaja Klang : 15 Km & Pekan Banting : 20 Km)

Salam Pengenalan dari pengasas Farmasi Al-Hayat



Us. Joha & Isteri dipejabat mereka di Banting, Selangor



Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin & salam sejahtera juga ditujukan kepada semua pembaca blog ini, bagi mereka yang bukan beragama Islam.


Blog ini diwujudkan sebagai panduan dan asas rawatan Islam berpandukan sains metafizik, teknik rawatan berasaskan minda bawah sedar (Hypnotherapy) dan panduan pemakanan kesihatan (Nutrien) yang dikenalpasti melalui ujian dan kajian makmal bertaraf GMP & Halal Hub', InsyaAllah mampu dan berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit ringan, berat dan juga kronik sebagaimana disebutkan dalam hadis : " Setiap penyakit ada ubatnya, jika tepat ubat dan kaedah rawatan, maka akan sembuhlah ia".

Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t, kerana blog ini diwujudkan sebagai diari perjalanan hidup saya sebagai seorang terapi, pengamal perubatan Metafizik Islam dan juga rawatan klinikal Hypnotherapy.

Disamping itu, melalui blog ini para pembaca dapat mengikuti segala pengalaman saya dari segi kaedah dan teknik rawatan yang berasaskan Metafizik yang sama sekali berlainan dengan mana-mana teknik dan rawatan perubatan tradisional yang lain, walaubagaimana pun sebagai menghormati kaedah tersebut (tradisional) yang telah lama diamalkan oleh masyarakat kita, teknik tersebut turut diamalkan dalam bab-bab dan cara-cara tertentu yang sama sekali tidak berlawanan dengan kaedah syariah.

Selain itu, saya juga turut menganjurkan kursus-kursus bersijil dengan tujuan menyebarkan ilmu dan kaedah rawatan Islam berasaskan metafizik agar ianya terus berkekalan dan digunakan sebagai `first Aid' dalam menghadapi sebarang kemungkinan samaada untuk kegunaan untuk waktu kecemasan, pada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.

Dalam blog ini juga saya turut menawarkan peluang perniagaan bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dan sebagai usahawan, ahli terapi, pengamal perubatan Islam Metafizik sehingga berjaya, Insya Allah.. pembaca akan dibimbing sepenuhnya.

Blog ini adalah terbuka kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca, mengambil iktibar, dan bagi mereka yang menghadapi sebarang masaalah sama ada kesihatan, gangguan spiritual atau sebagainya tidak kira, sama ada pembaca beragama Islam ataupun non muslim kami dengan tangan terbuka menerima anda.

Blog ini tidak bercadang untuk mengatasi mana-mana individu atau pengamal perubatan yang lain, kerana niat saya ikhlas kerana Allah Taala, setelah berkecimpung hampir 10 tahun menyelami kaedah dan fenomena mistik, setahun mempelajari perubatan alternatif, setahun membuat kajian secara personal-tesis, akhirnya barulah saya berani hadir dikhalayak ramai bagi membantu mereka yang memerlukannya. Andaikata terdapat salah kata mahupun perlakuan, saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, kerana sebagai manusia yang hina siapalah saya disisi-Nya!..