Sejak pagi lagi saya berasa `semacam' terutamanya di bahagian kepala... terasa begitu berat dan seolah-olah ada yang bertenggek diatasnya!.. ya, apa dia yer.. (tetapi mengikut pengalaman yg sudah tidak lain tentu angkara gangguan sihir, mungkin `tuannya' tidak berpuas hati sebab tempohari saya melakukan pembakaran pada semua laluannya..)
Saya terus melakukan healing pada diri saya dengan kaedah dan teknik-teknik yang saya pelajari, tetapi nampaknya kurang berkesan. Walaupun dah hampir lebih 5 kali saya menarik unsur-unsur `tenaga negatif' tetapi sekejap pulak dia datang balik.. lama-lama saya biarkan aja, agaknya dia nak main-main dengan aku!... Saya termenung sekejap. Apa sebab `benda' tu tak mahu pergi ye?.. lama-lama saya buat kesimpulan bukan benda tu tak-nak pergi tetapi mungkin yang dihantarnya terlalu banyak!...
Dalam keadaan boring, bingung dan kepala terasa berat (antara simptom gangguan sihir) saya cuba layari internet, lalu jumpalah Iklan rawatan oleh seorang perawat Islam di Gombak dan saya cuba hubunginya bertanya kaedah rawatan yang dilakukan, adakah sama seperti yang pernah saya pelajari... jawapannya: "tidak sama" dan dia juga bagi tau ada jin bertenggek kat kepala saya.. (saya dah agak dah!) ...
Muhasabah diri;
- Percayalah.. tidak semua yang kita pelajari kadang-kadang berhasil, kerana kuasa penyembuhan hanyalah pada Allah s.w.t, kita sebagai manusia hanya berikhtiar sahaja.
- Setiap manusia dijadikan dengan kelebihan masing-masing.. ada orang pandai bermain kompang, ada yang pandai membaca Al-Quran dan ada bijak-pandai dan lemah...
- Setiap musibah yang dialami tentu ada hikmahnya..
Selepas zohor lain pulak ujian yang saya rasa, seolah-olah terasa paku menyucuk-nyucuk dikepala... sahlah kalau berpandukan firasat tidak lain dia sedang cuba menanam paku kat kepala saya... saya bersabar, semuanya saya serahkan kepadaNya disamping berdoa' dan berusaha merawat berpandukan kaedah saya sendiri...
Kaedah rawatan yang saya buat secara metafizik Islam:
i) Pertamanya tenangkan diri dengan setenang-tenangnya.
ii) Kedua tapak tangan saya dekatkan antara satu-sama lain, tidak terlalu rapat, jarakkan 5cm... niat kepada Allah untuk menarik semua energi negatif (Iblis, syaitan dan jin..) terkurung kedalam kedua tapak tangan,.. terasa seolah-olah kepala saya terasa ringan, dan tapak tangan berasa berdenyut2, agak berbisa sedikit...sehingalah saya berasa kepala semakin ringan dan kembali normal.
iii) Saya tukarkan enegi negatif tersebut kepada "energi kasih-sayang" lalu saya kembalikan kepada tuannya... sebenarnya boleh sekiranya energi tersebut ditukar kepada sesuatu yang buruk dan bersifat negatif tetapi untuk apa? Bukankah sekiranya kita membalas-balik perbuatan mereka, tidak ubah kita menjadi seperti mereka?... (Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh syaitan)!!..
iv) Saya lalu berniat untuk membenteng diri saya agar dipelihara daripada musibah sihir yang dihantar oleh tukang-tukang sihir Thogut!!!..
Alhamdulillah setakat ini usaha saya membuahkan hasil... walaupun saya terasa ujian tersebut tidak habis-habis tetapi ia berlaku diluar daripada jasad saya... Gerak hati saya memberitahu, sihir yang dihantar ini begitu cukup kuat!!... dan sekiranya dikenakan pada orang awam, amat buruklah akibat dan kesannya..
Tetapi kita hendaklah ingat: "Sesungguhnya orang-orang yang (mabuk)meminum arak, tukang-tukang sihir dan penenung nasib, adalah sekeji-kejinya amalan dan perbuatan Syaitan..." dan Ingatlah balasan Allah s.w.t, kerana "Sesungguhnya azab Allah s.wt. amatlah pedih ke atas hamba-hambanya"...

No comments:
Post a Comment