Us. Joha & Isteri dipejabat mereka di Banting, Selangor

Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin & salam sejahtera juga ditujukan kepada semua pembaca blog ini, bagi mereka yang bukan beragama Islam.
Blog ini diwujudkan sebagai panduan dan asas rawatan Islam berpandukan sains metafizik, teknik rawatan berasaskan minda bawah sedar (Hypnotherapy) dan panduan pemakanan kesihatan (Nutrien) yang dikenalpasti melalui ujian dan kajian makmal bertaraf GMP & Halal Hub', InsyaAllah mampu dan berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit ringan, berat dan juga kronik sebagaimana disebutkan dalam hadis : " Setiap penyakit ada ubatnya, jika tepat ubat dan kaedah rawatan, maka akan sembuhlah ia".
Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t, kerana blog ini diwujudkan sebagai diari perjalanan hidup saya sebagai seorang terapi, pengamal perubatan Metafizik Islam dan juga rawatan klinikal Hypnotherapy.
Disamping itu, melalui blog ini para pembaca dapat mengikuti segala pengalaman saya dari segi kaedah dan teknik rawatan yang berasaskan Metafizik yang sama sekali berlainan dengan mana-mana teknik dan rawatan perubatan tradisional yang lain, walaubagaimana pun sebagai menghormati kaedah tersebut (tradisional) yang telah lama diamalkan oleh masyarakat kita, teknik tersebut turut diamalkan dalam bab-bab dan cara-cara tertentu yang sama sekali tidak berlawanan dengan kaedah syariah.
Selain itu, saya juga turut menganjurkan kursus-kursus bersijil dengan tujuan menyebarkan ilmu dan kaedah rawatan Islam berasaskan metafizik agar ianya terus berkekalan dan digunakan sebagai `first Aid' dalam menghadapi sebarang kemungkinan samaada untuk kegunaan untuk waktu kecemasan, pada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.
Dalam blog ini juga saya turut menawarkan peluang perniagaan bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dan sebagai usahawan, ahli terapi, pengamal perubatan Islam Metafizik sehingga berjaya, Insya Allah.. pembaca akan dibimbing sepenuhnya.
Blog ini adalah terbuka kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca, mengambil iktibar, dan bagi mereka yang menghadapi sebarang masaalah sama ada kesihatan, gangguan spiritual atau sebagainya tidak kira, sama ada pembaca beragama Islam ataupun non muslim kami dengan tangan terbuka menerima anda.
Blog ini tidak bercadang untuk mengatasi mana-mana individu atau pengamal perubatan yang lain, kerana niat saya ikhlas kerana Allah Taala, setelah berkecimpung hampir 10 tahun menyelami kaedah dan fenomena mistik, setahun mempelajari perubatan alternatif, setahun membuat kajian secara personal-tesis, akhirnya barulah saya berani hadir dikhalayak ramai bagi membantu mereka yang memerlukannya. Andaikata terdapat salah kata mahupun perlakuan, saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, kerana sebagai manusia yang hina siapalah saya disisi-Nya!..
No comments:
Post a Comment